Masalah Rumah Tangga – Talak
Masalah Rumah Tangga – Talak
﴿﷽﴾
In The Name of Allah, The Most
Gracious, The Most Merciful
Muqaddimah
﴿ اِقْرَاۡ بِاسْمِ رَبِّکَ الَّذِیۡ خَلَقَ﴾
“Bacalah dengan (menyebut) nama
Tuhanmu yang menciptakan”
[al-Alaq : 1]
…………………………………………………
Inna Alhamdulillah, nahbuduhu wa nasta’inuhu
wa nastaghfiruhu, wa na’uzubillah min syururi anfusina wa min sayyi’ati
a’malina, man^yahdihillahu falaa mudhillalahu, wa man^yudhil falaa hadiyalah,
wa ashadu ‘an~la ilaha illa Allah wahdahu la syarikalahu, wa ashadu ‘anna
Muhammad ﷺ ‘abduhu wa rasuluhu. Amma ba’d.
Segala puji hanya milik Allah subhana
wata’ala, kami memujiNya dan memohon pertolongan padaNya dan ampunan kepadaNya,
kami berlindung kepada Allah dari kejahatan diri-diri kami dan kejelekan amalan
perbuatan kami. Barangsiapa yang Allah beri petujunjuk, maka tidak ada yang
dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa Allah sesatkan, tidak ada yang dapat
memberi petunjuk kepadanya.
Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang
berhak disembah melainkan Allah dan tiada sekutu bagiNya, dan aku bersaksi
bahawa Muhammad ﷺ itu hambaNya dan RasulNya.
Syukur
kepada Allah, Alhamdulillah, kerana telah mengizinkan menulis dalam bidang
blogging ini. Insha-Allah, segala ilmu akan saya kongsikan bersama anda untuk
manfaat bersama.
Sekarang ini, pelbagai masalah rumah tangga
terjadi. Yang paling ketara adalah suami isteri tidak dapat untuk bersama atau
bersefahaman. Hal ini adalah kerana tiadanya tolak ansur antara suami dan
isterinya. Dalam kali ini, saya akan menerangkan kepada anda mengenai talak.
Sebahagian dari pembaca mungkin mempunyai ilmu mengenai hal ini, maka anda
boleh juga berkongsi kepada saya, saya terima dengan tangan terbuka.
…………………………………………………
یٰۤاَیُّہَا النَّبِیُّ اِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ
فَطَلِّقُوۡہُنَّ لِعِدَّتِہِنَّ وَ اَحْصُوا الْعِدَّۃَ ۚ وَ اتَّقُوا اللہَ
رَبَّکُمْۚ لَا تُخْرِجُوۡہُنَّ مِنۡۢ بُیُوۡتِہِنَّ وَ لَا یَخْرُجْنَ اِلَّاۤ
اَنۡ یَّاۡتِیۡنَ بِفٰحِشَۃٍ مُّبَیِّنَۃٍ ؕ وَ تِلْکَ حُدُوۡدُ اللہِ ؕ وَ مَنۡ
یَّتَعَدَّ حُدُوۡدَ اللہِ فَقَدْ ظَلَمَ نَفْسَہٗ ؕ لَا تَدْرِیۡ لَعَلَّ اللہَ
یُحْدِثُ بَعْدَ ذٰلِکَ اَمْرًا ﴿۱﴾
“Wahai Nabi! Apabila kamu menceraikan isteri-isterimu, maka
hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu mereka dapat (menghadapi) iddahnya
(yang wajar), dan hitunglah waktu iddah itu, serta bertakwalah kepada Allah
Tuhanmu. Janganlah kamu keluarkan mereka dari rumahnya dan janganlah
(diizinkan) keluar kecuali jika mereka mengerjakan perbuatan keji yang
jelas. Itulah hukum-hukum Allah, dan
barang siapa melanggar hukum Allah, maka sesungguhnya dia telah berbuat zalim
terhadap dirinya sendiri. Kamu tidak mengetahui barangkali setelah itu Allah
mengadakan suatu ketentuan yang baru.”
[ At-Talak : 1 ]
…………………………………………………
Talak
Pengertian
:
(a) Dari segi bahasa : Cerai atau melepaskan ikatan(b) Dari segi istilah : Merungkaikan ikatan perkahwinan antara suami isteri dengan lafaz talak, cerai atau yang mengandungi makna kedua-duanya.
Lafaz Talak
Namun,
tahukah anda, mungkin secara tidak sengaja, anda telah melafazkan cerai kepada
isteri anda melalui kinayah(sindiran).
Contoh
: “Terputus tali antara kita berdua.”
Lafaz
ini bergantung kepada niat si suami. Sebagai contoh, suami tidur dan mengigau
melafazkan lafaz cerai, walhal suami tidak berniat melafazkannya atau isi
maknanya.
Hukum Talak
Merupakan
perkara penting untuk mengetahui hukum talak ini. Talak pada asalnya adalah
harus, namun makruh sekiranya tidak perlu.
Walaupun
talak ini sesuatu yang halal, namun talak adalah perkara halal yang paling
tidak disukai Allah.
……………………………………
Daripada Ibn Umar ؓ , Rasulullah ﷺ bersabda :
“Perkara halal yang paling dibenci
Allah adalah talak.”
[Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majjah]
…………………………………………………
Mengapa Talak Sesuatu Perkara Halal
Yang Paling Allah Benci?
Secara
logiknya, anda sendiri dapat lihat, pelbagai masalah yang timbul apabila suami
isteri bercerai. Sebagai contoh, anak akan berdendam dengan ibu bapanya kerana
bercerai, bahkan anak itu sendiri tidak mendapat kasih sayang yang sempurna
daripada ibu bapanya.
Kesan paling ketara adalah terhadap anak.
Anak menghadapi kesukaran untuk berjumpa ayah sekiranya anak-anak tinggal di
rumah ibunya, kerana ibu senantiasa memberi alasan untuk berjauh dari ayahnya.
Hukum Talak Mengikut Ulamak
(a) WajibApabila suami tidak dapat melaksanakan tanggungjawab sebagai suami seperti tidak mampu memberi nafkah kepada isteri atau menzalimi isteri.
(b) SunatMenceraikan isteri yang memiliki akhlak yang buruk dan tidak dapat memperbaiki akhlaknya lagi.
(c) HaramMelafazkan talak pada waktu yang diharamkan(akan diterangkan sebentar lagi)
(d) Makruh
Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.
(1) Suami(2) Isteri
(3) Lafaz talak
Setiap perkara yang disebutkan di atas perlulah ada, seandainya suami melafazkan talak, tetapi tidak mempunyai isteri, maka talaknya tidak sah(bahkan tidak logik melafazkan talak sedangkan tiada isteri)
a. Lafaz Sighah
b. Lafaz KinayahContoh : Kau haluan kau, aku haluan aku.
a. Isteri mengandung
b. Isteri nifas
c. Isteri dalam haid
d. Selepas setubuhi isteri
a. Lafaz Sighah
b. Lafaz KinayahContoh : Abang pegang kamu kembali.
Yang pertama : dari segi aspek hukum, iaitu :
(d) Makruh
Menceraikan isteri tanpa sebab atau menceraikan isteri yang solehah.
Rukun Talak
(3) Lafaz talak
Setiap perkara yang disebutkan di atas perlulah ada, seandainya suami melafazkan talak, tetapi tidak mempunyai isteri, maka talaknya tidak sah(bahkan tidak logik melafazkan talak sedangkan tiada isteri)
Masalah
Keluarga Sekarang
Kebanyakkan
umat Islam sekarang suka bermain-main
dengan lafaz talak. Ada yang hingga melafazkan talak seratus kali dalam sehari,
namun pada malamnya bersetubuh(sedangkan setelah lafaz talak, inikan pula
berkali-kali lafaz talak,maka tidak boleh setubuh). Sedangkan seandainya
terlafaz talak, maka anda akan mendapat impaknya kemudian hari.
Ada
di antara kita semua yang kurang ilmu agamanya, dengan sesuka hati lafaz talak.
Sebagai contoh, seorang isteri ingin keluar rumah, namun suami tidak
benarkan, lalu dia melafazkan :
“Kalau
kau keluar rumah ni, jatuh talak ke atas kamu.”
Wahai
sahabatku. Sekiranya isteri itu “TER”keluar dari rumah anda, nescaya jatuh talak
ke atasnya.
Anda
sebagai suami harus bijak mengatur bicara dan kemarahan. Seharusnya, anda
melafaz :
“Jika
kau keluar rumah malam ni, abang tak nak ketawa lagi.”
Ini
hanya contoh. Dan salah satu masalahnya adalah menggunakan lafaz
kinayah(sejenis kiasan atau kata-kata yang mempunyai ayat tersirat). Contohnya
:
“Pada
hari ini, kau hala tuju kau, aku hala tuju aku. Jangan dekati aku.”
Walaupun
pada pandangan kasar tiada ayat “talak” dilafazkan, namun jatuh talak ke atas
isteri, kerana talak dilafazkan dalam bentuk Lafaz Kinayah.
Lafaz Talak :
Contoh : Aku
ceraikan kau.
b. Lafaz KinayahContoh : Kau haluan kau, aku haluan aku.
Kedua-duanya
adalah sah talak.
Waktu Haram
Lafazkan Talak
Terdapat
beberapa keadaan yang mana haram lafazkan talak, namun sekiranya talak telah
dilafazkan, talaknya tetap sah.
b. Isteri nifas
c. Isteri dalam haid
d. Selepas setubuhi isteri
Waktu-waktu
ini haram dilafazkan talak.
Inilah
Lumrah Manusia – Merujuk Si Dia Yang Tersayang
وَبُعُوۡلَتُہُنَّ اَحَقُّ بِرَدِّہِنَّ فِیۡ ذٰلِکَ اِنْ اَرَادُوۡۤا
اِصْلٰحًاؕ
“Suami berhak merujuk isteri mereka dalam tempoh tersebut (iddah),
sekiranya mereka mahu berdamai.”
[Al-Baqarah : 228]
Setiap
manusia yang telah melakukan kesalahan, pasti ingin kembali ke jalan yang benar semula. Maka Allah telah
meringankan beban kita.
Setelah
anda mentalak isteri dengan talak satu atau talak dua, anda masih boleh merujuk isteri anda. Rujuk
boleh dilakukan dengan lafaz sighah atau lafaz kinayah.
a. Lafaz Sighah
Contoh : Abang ingin merujuk sayang
b. Lafaz KinayahContoh : Abang pegang kamu kembali.
Namun
begitu, anda perlu tahu. Sekiranya talak tiga telah dilafazkan, maka anda tidak
boleh merujuk isteri anda semula. Isteri anda harus kawin dengan lelaki lain,
dan bersetubuh dengan suami barunya itu.
Kemudian terpulang kepada isteri ingin ceraikan suaminya dan kembali ke
pangkuan bekas suami, atau kekal bersama suami barunya itu. Kebiasaannya,
isteri akan kekal bersama dengan suami barunya. Wallahu alam.
Apa yang
anda perlu tahu?
Amat
penting anda mengetahui jenis-jenis talak.
Talak
terbahagi kepada dua.
Yang pertama : dari segi aspek hukum, iaitu :
1. Talak Sunni
2. Talak Bid’i
Talak Sunni –
Talak Bid’I –
Yang kedua : Dari Aspek Kesan, iaitu :1. Talak Raj’ie
2. Talak Bain
Talak Raj’ie :
Talak satu atau dua yang belum tamat tempoh iddahnya. Dalam situasi ini, suami boleh merujuk isterinya semula semasa iddah. Mahar dan akad yang baru tidak diperlukan.
Talak Bain :Talak bain terbahagi dua, iaitu talak Bain Sughro dan Talak Bain Kubro.
2. Talak Bid’i
Talak Sunni –
Talak yang mengikut
sunnah nabi Muhammad ﷺ . Talak ini
adalah sesuai mengikut syarak
یٰۤاَیُّہَا النَّبِیُّ اِذَا طَلَّقْتُمُ النِّسَآءَ فَطَلِّقُوۡہُنَّ
لِعِدَّتِہِنَّ
“Wahai Nabi! Apabila kamu
menceraikan isteri-isterimu, maka hendaklah kamu ceraikan mereka pada waktu
mereka dapat (menghadapi) iddahnya (yang wajar),”
[At-Talaq : 1]
Talak Bid’I –
Talak yang tidak
mengikut sunnah nabi Muhammad ﷺ iaitu melafazkan
talak ketika waktu diharamkan lafaz talak(Cth : Isteri mengandung, selepas
bersetubuh dan lain-lain)
Yang kedua : Dari Aspek Kesan, iaitu :1. Talak Raj’ie
2. Talak Bain
Talak Raj’ie :
Talak satu atau dua yang belum tamat tempoh iddahnya. Dalam situasi ini, suami boleh merujuk isterinya semula semasa iddah. Mahar dan akad yang baru tidak diperlukan.
Talak Bain :Talak bain terbahagi dua, iaitu talak Bain Sughro dan Talak Bain Kubro.
1. Talak Bain
Sughro
-Pada talak ini, suami tidak boleh merujuk
isteri kecuali dengan akad dan mahar yang baru,
berbeza dengan talak Raj’ie(tidak memerlukan akad dan mahar baru).
Talak jenis ini merangkumi :
a. Khulu’
b. Fasakh
c. Ila’
d. Talak Raj’ie yang tamat tempoh iddahnya
e. Talak sebelum bersetubuh
2. Talak Bain Kubro
-Dalam talak ini, suami tidak boleh merujuk isteri melainkan isteri kawin lain
dan wajib bersetubuh dengan suami barunya itu untuk bekas suaminya merujuknya
kembali.
Talak Taklik?
Talak
taklik adalah talak yang disandarkan
kepada sesuatu syarat.
1. Taklik Biasa
Talak taklik biasa ini adalah talak yang
disandarkan syarat, tetapi dengan lafaz yang biasa. Contoh : Kalau kau keluar
rumah, maka jatuh talak satu kepada engkau.”
Jika isteri keluar rumah, maka jatuh talak
satu ke atasnya.
2. Talak Taklik
Khulu’
Talak jenis ini masih lagi diamalkan, dan
syarat-syarat talaknya ditulis dalam bentuk perjanjian rasmi.
…………………………………………………
Wallahu
alam, apa yang saya ingin sampaikan adalah, sebagai suami, tahanlah marah anda
dan elakkan daripada melakukan perkara sia-sia. Talak bukan perkara mainan
wahai sahabat. Sekiranya talak
dilafazkan, maka bergegarlah ‘Arasy Allah. Wallahu alam bisowwab.
0 Comments