Top Question : Adakah Muslim Itu Terrorist?
Soalan:
Adakah
Islam itu layak digelar sebagai ‘agama yang aman’ sedangkan Islam ini disebarkan
dengan pedang(peperangan)?
Jawapan:
Menjadi
suatu kebiasaan untuk orang non-Muslim melemparkan pendapat bahawa Islam itu
mustahil mendapat jutaan pengikut melainkan ianya disebarkan dengan cara
peperangan. Berikut adalah jawapan yang mampu membantah pendapat tersebut.
(1) Islam bermaksud ‘aman’.
Islam
itu berasal daripada perkataan ‘Salam’ yang bermaksud aman. Islam juga
bermaksud menyerahkan diri kepada Allah s.w.t. Maka, Islam itu adalah agama
yang aman, dengan menyembahkan diri kepada Allah s.w.t.
(2) Indonesia Dan Malaysia
Indonesia
amat diketahui kerana bilangan Muslim yang paling ramai dalam Dunia. Kebanyakan
masyarakat di Malaysia pula adalah Muslim. Cuba anda nyatakan kepada saya, tentera Muslim mana yang datang ke Malaysia dan
Indonesia membawa pedang untuk memaksa masyarakat memeluk Islam?
Tidak
ada, kerana saya adalah penduduk Malaysia juga dan sejarah telah membuktikan,
Islam datang ke Negara saya (Malaysia) bukan dengan kekerasan, tetapi kehendak
rakyat untuk memeluk agama Islam kerana tertarik dengan akhlak pedagang asing
yang Muslim. Pendapat bahawa Muslim datang dengan peperangan adalah mereka yang tidak belajar sejarah.
(3) Kekerasan Perlu Untuk Keamanan.
Apabila
saya sebutkan ini, ramai yang salah anggap. Tidak semua manusia di muka bumi
ini akan bersikap baik, ada sahaja yang membuat keganasan untuk kepentingan
diri mereka sendiri.
Sebagai
contoh, polis menggunakan kekerasan untuk mempertahankan keamanan Negara. Jika
masyarakat tidak berbuat salah, maka polis tidak akan mengganggu anda. Bahkan,
terdapat masyarakat yang mengkutuk agama Islam. Maka Islam perlu membantah
hujah mereka, jika mereka mengganas terhadap Muslim, tidak mungkin kami akan
berdiam diri dan rela dipukul. Seperti anda, tiba-tiba sahaja ditumbuk dan
ditendang, apa anda ingin berdiam diri dan membiarkan maruah anda jatuh?
(4) Pendapat Sejarawan De Lacy
O’Leary.
Jawapan
yang terbaik adalah daripada pendapat sejarawan De Lacy O’Leary dalam bukunya
“Islam at the cross road(muka surat 8)”:
“Sejarah adalah telah
nyata, bahawa sejarah tersebarnya Muslim di dunia dan memaksa Islam dengan cara
pedang(keganasan) dalam menawan kaum-kaum adalah satu
pendapat yang teramat hebat pelik mitosnya yang sejarawan lain
turut telah mengulangi(pendapat ini).”
[Islam at The Cross
Road]
(5) Muslim memerintah Sepanyol(Spain)
Selama 800 Tahun.
Muslim
telah memerintah Sepanyol selama 800 tahun dan Muslim di Sepanyol tidak pernah menggunakan peperangan untuk
memaksa manusia memeluk Islam.
Tetapi
kemudian Kristian Krusader datang ke
Sepanyol dan menghapuskan golongan Muslim.
Tidak ada seorang pun Muslim di Sepanyol yang boleh berikan azan secara
terangan. Azan adalah laungan panggilan supaya Muslim menunaikan solatnya.
(6) 14 milion Orang Arab Adalah
Kristian Koptik.
Agama
Islam adalah agama rasmi bagi Negara Arab selama
1400 tahun. Selama beberapa tahun sahaja British memerintah,
kemudian Perancis. Secara keseluruhan, Muslim memerintah Arab selama 1400
tahun.
Tetapi
lihatlah, di sana terdapat 14 milion Kristian Koptik
(Kristian). Jika Muslim itu menggunakan kekerasan, sudah tentu tiada lansung Masyarakat Kristian Koptik di sana.
(7) Pantai Barat Afrika
Sekali
lagi, Islam bersebar pantas di Pantai
Barat Afrika. Saya mahu tanya anda semula, tentera
Islam yang mana yang datang ke sana untuk memaksa dengan peperangan?
(8) Lebih 80% Masyarakat Di India
Adalah Non-Muslim
Muslim
telah memerintah India selama lebih seribu
tahun. Jika mereka (Muslim di India) mahu, mereka mempunyai kuasa
untuk memaksa masyarakat India untuk memeluk Islam dengan pedang.
Hari
ini, lebih 80% masyarakat di India adalah
non-Muslim. Kesemua masyarakat non-Muslim ini mengangkat saksi bahawa Islam tidak datang ke Negara mereka dengan kekerasan.
Konklusi:
Sekarang
mata anda telah terbuka luas bahawa Islam itu tidak disebarkan dengan cara
peperangan mahupun paksaan. Jika ada, bukti di atas bakal mematahkan hujah
mereka dan membuat mereka berfikir.
Wallahu
alam. Allah lebih mengetahui.
0 Comments